Tuesday, January 12, 2010

Tips Pelajar Cemerlang

Tips Belajar Oleh Dato Dr.Mohd Fadzilah Kamsah(Part 1)
sama2 kita ambil iktibar okey?

Tip 1
Tuhan Mencipta kita dengan penuh kesempurnaan.Bertindaklah dengan cemerlang
Tip 2
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat
Tip 3
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi
Tip 4
Kita mudah lupa apa yang kita dengar.Kita sekadar tahu apa yang kita lihat.Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikan
Tip 5
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau mengajar orang lain,kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa
Tip 6
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif
Tip 7
Di dalam dunia ini,cuma kita berupaya mengubah diri sendiri
Tip 8
Apabila kita berubah,semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita
Tip 9
Setiap masalah berpunca daripada kita sendiri.Kita yang patut menyelesaikannya
Tip 10
Segala Kehebatan sudah ada dalam diri kita.Sekadar menanti untuk diserlahkan
Tip 11
Orang biasa yang melakukan tindakan yang luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa
Tip 12
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang
Tip 13
Kejayaan=Hidayah+ilmu+Amal+ikhlas+istiqamah+berterusan secara positif
Tip 14
Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan
Tip 15
Kegagalan adalah melakukan sesuatu ataupun dua kesalahan berulang kali
Tip 16
Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayangi kepadanya
Tip 17
Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya
Tip 18
Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu
Tip 19
Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapatkan keberkatan ilmu
Tip 20
Sayangi,bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan pembelajaran
Tip 21
Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda
Tip 22
Orang yang hatinya bersih makbul doanya,cerdas otaknya,sihat badannya,cun wajahnya dan ramai kawannya
Tip 23
Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kita untuk menjadi pelajar terbilang
Tip 24
Jadikan diri anda sebagai "besi berani" yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda
Tip 25
Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda
Tip 26
Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah
Tip 27
Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah
Tip 28
Orang cemerlang menunjukkan hasil.Orang gagal memberi alasan
Tip 29
Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda
Tip 30
Tuhan bertindak seperti mana yang difikarkan oleh hambanya
Tip 31
Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia
Tip 32
Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini.Justeru,jadilan insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi
Tip 33
Semua orang sama ada baik ataupun tidak,adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung
Tip 34
Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan.Dirikan Sembahyang lima waktu dengan istiqamah
Tip 35
Pelajar yang ingar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang
Tip 36
Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu
Tip 37
Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan senstiasa ceria dan bersemangat Tip 38
Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas,hebat dan dapat membakar semangatnya
Tip 39
Pelajar yang cemerlang mahir dengan stratergi dan teknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar
Tip 40
Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri