Saturday, May 8, 2010

Foto Pelajar Sekitar Majlis Pembentangan Projek Pemasaran Jan 2010

Projek Pemasaran Oleh Kumpulan Pelapik Kasut Jan 2010

Berasaskan gabungan konsep refleksologi dan detoksifikasi maka timbullah ide produk magic shoes Ahli kumpulan berusaha keras untuk mengaplikasikan idea mereka melalui magic shoes dan tidak lupa juga kepada penyelia projek yang membantu merealisasikan impian mereka.

Projek Pemasaran Oleh Kumpulan Minuman Delima Jan 2010

Menyedari hakikat kebaikan buah delima, pelajar-pelajar mendapat ide untuk mengubahsuai air minuman yang mudah untuk disediakan berasaskan buah tersebut.

Foto-foto sepanjang majlis pembentangan produk inovasi boleh diperolehi dalam blog ini

Photo Kumpulan Produk Kesihatan

Berasaskan ide inginkan kulit yang licin dan cantik semulajadi maka terciptalah produk AV Scarless. Ahli-ahli kumpulan pelbagai gaya mempromosikan idea produk mereka ... ini dapat dilihat melalui foto-foto yang diambil sepanjang majlis persembahan produk.

Friday, May 7, 2010

Projek Pemasaran Oleh Kumpulan Produk Ais Krim

Produk Ais krim diubahsuai kepada produk yang bukan sahaja enak untuk dinikmati dalam keadaan sekarang tetapi juga ianya dapat memberi manfaat dari segi penjagaan kesihatan. Walaubagaimanapun produk ini diubahsuai dari segi ideanya sahaja, untuk mengeluarkan kepada produk yang boleh dikomersilkan di pasaran, produk ini memerlukan kajian yang lebih terperinci dan kerjasama daripada pihak-pihak yang tertentu.

Photo Kumpulan Produk Minuman Manggis

Produk direka untuk memudahkan pengguna menyediakan minuman yang berkhasiat berasaskan buah manggis. Kumpulan ini terdiri daripada Heng Hui Ping, Owi Jee Hao, Nor malia, Nur aziawati dan Nor adila.

Photo Kumpulan Produk Meja Pelbagai Guna

Kumpulan ini diketuai oleh Khairul Amrie dan Diana. Mereka berjaya mengubahsuai daripada meja biasa kepada meja pelbagai kegunaan.

Photo Kumpulan Produk Susu

Kumpulan pelajar produk susu terdiri daripada Aliff Nasrullah, Asiah, Haslini, Ong su Hui dan Ainu. Kumpulan ini berjaya mengubahsuai produk susu yang asalnya dalam bentuk serbuk di jadikan kiub-kiub kecil mengikut sukatan yang sesuai untuk sasaran pasaran mereka.

Laporan Ringkasan Projek Pemasaran Sesi Jan 2010

Pembentangan Projek Pemasaran telah diadakan pada 6 Mei 2010. Selaku Penyelaras Projek Pemasaran Sesi Jan 2010 saya dipertanggungjawabkan untuk membantu dan memantau pembentangan dan persembahan produk prototaip oleh pelajar-pelajar kursus Diploma Pemasaran Semester Akhir Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu. Terdapat seramai Tujuh kumpulan pelajar yang terlibat iaitu Kumpulan Produk Susu, Ais Krim, Meja Pelbagai Guna, Pelapik Kasut, Minuman Manggis, Minuman Delima dan Produk Kesihatan. Ke semua kumpulan pelajar tersebut diselia oleh Pensyarah Tn Hj Mohd Fadzil, Puan Salwuan, Puan Mazlina, Puan Munizan, Puan Noorazian, Cik Azlina, Puan Kamisah, Puan Norbaini dan Encik Abdullah. Projek Pemasaran ini terbahagi kepada Dua bahagian iaitu Laporan dan Pembentangan. Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanaan projek tersebut antaranya memupuk kreativiti di kalangan pelajar, menanam semangat ingin mencuba sesuatu yang baru dan membolehkan pelajar mengaplikasikan teori pemasaran yang dipelajari sepanjang enam semester di PKB serta menjadikan pelajar yang berintegriti dalam melaksanakan sesuatu kerja. Pembentangan produk tersebut merupakan projek akhir pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian di PKB.