Friday, May 7, 2010

Laporan Ringkasan Projek Pemasaran Sesi Jan 2010

Pembentangan Projek Pemasaran telah diadakan pada 6 Mei 2010. Selaku Penyelaras Projek Pemasaran Sesi Jan 2010 saya dipertanggungjawabkan untuk membantu dan memantau pembentangan dan persembahan produk prototaip oleh pelajar-pelajar kursus Diploma Pemasaran Semester Akhir Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu. Terdapat seramai Tujuh kumpulan pelajar yang terlibat iaitu Kumpulan Produk Susu, Ais Krim, Meja Pelbagai Guna, Pelapik Kasut, Minuman Manggis, Minuman Delima dan Produk Kesihatan. Ke semua kumpulan pelajar tersebut diselia oleh Pensyarah Tn Hj Mohd Fadzil, Puan Salwuan, Puan Mazlina, Puan Munizan, Puan Noorazian, Cik Azlina, Puan Kamisah, Puan Norbaini dan Encik Abdullah. Projek Pemasaran ini terbahagi kepada Dua bahagian iaitu Laporan dan Pembentangan. Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanaan projek tersebut antaranya memupuk kreativiti di kalangan pelajar, menanam semangat ingin mencuba sesuatu yang baru dan membolehkan pelajar mengaplikasikan teori pemasaran yang dipelajari sepanjang enam semester di PKB serta menjadikan pelajar yang berintegriti dalam melaksanakan sesuatu kerja. Pembentangan produk tersebut merupakan projek akhir pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian di PKB.