Thursday, December 30, 2010

REMAJA & CINTA

Buat Remaja Siswa Siswi
Tatkala novel PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL ditatapi, diri amat terasa novel ini sesuai dihayati remaja masa kini yang kalut mengejar cinta kampus!
Terhenti seketika membaca, diri bermuhasabah mengingat zaman remaja, sejuta keinsafan menyinggahi jiwa,walaupun diri dipenuhi pendidikan sekularisme sedari kecil tapi batasan agama tetap menjadi pegangan walaupun diperantauan, syukur alhamdulillah! Jiwa remaja sentiasa memberontak, perasaan ingin dicintai dan mencintai adalah fitrah insan ... Novel ini banyak membantu mendidik hati para remaja melayari rasa cinta sehingga dapat menggapai kecemerlangan kehidupan sebagai pelajar. Novel ini juga dapat membuka minda remaja mengenai pengertian cinta sebenar, memelihara kesucian cinta, menepis perasaan mabuk cinta, mendidik jiwa menghayati cinta agar memperolehi fatanah dunia dan akhirat!
Walaupun tidak sehebat rasa cinta Rabiatul Adawiyah terhadap yang Maha Pencipta !
Walaupun tidak semulia Siti Khadijah menguatkan suami dengan cinta dan harta !
Walaupun tidak sekuat dan seberani sumaiyah sehingga sanggup mati disula kerana deen Allah
Tetapi sekurang-kurangnya dapatlah menginsafi diri yang kerdil sebagai insan biasa yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa dan berusaha mendidik hati nurani agar dapat memandu hati meletakkan rasa CINTA pada yang berhak dan memperolehi keredhaan ILLAHI ! dan diharapkan dengan rasa keinsafan terbitlah bait-bait doa yang memenuhi relung hati... cuba meninggalkan rasa cinta pada lelaki atau perempuan yang belum berhak ....insyaallah
YA ALLAH Perbaikilah dunia hamba di mana hamba berkehidupan di dalamnya
YA ALLAH Perbaikilah akhirat hamba di mana kepadanya kelak tempat hamba kembali
YA ALLAH Perkenankanlah hamba untuk mencintai mereka yang engkau cintai dan perkara apapun yang membawa hampir kepada kecintaanmu...

Oleh itu, saya sarankan para remaja khususnya membaca novel ini