Alhamdulillah setelah tertangguh selama dua minggu akhirnya majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri bersama pelajar DPR telah dapat diadakan pada hari Khamis iaitu 6 Oktober 2011 bermula pukul 2 petang di Student Center dengan jayanya. Buat pertama kalinya pelajar-pelajar kursus Diploma Pemasaran semester 2 dari Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu diberi peluang menguruskan sendiri majlis jamuan tersebut. Walaupun sudah agak terlambat dan dengan kesibukan tugasan serta kuliah tetapi pelajar-pelajar tidak patah semangat dan masing-masing memberi kerjasama yang amat baik. Antara tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar-pelajar itu sendiri memandangkan kelas ini terdiri daripada 51 orang pelajar. Di samping itu pelajar-pelajar ini juga dapat mengenali dan beramah mesra dengan penasihat akademik dengan cara yang lebih santai. Selain daripada itu pelajar-pelajar juga dapat menimba ilmu pengurusan sesuatu majlis sebelum diberi tugas yang lebih mencabar di masa akan datang.
Antara juadah yang dihidangkan....
Antara pelajar yang sponsor nasi komok ... terima kasih daun keladi !
... Sebelum subuh sudah siap roti gulung sardin SSSEEEddAP sampai penasihat akademik tak sempat nak cuba ... apa-apapun tahniah sebab 100% cooperation
... wakil kelas Wan Ahmad Iman menyediakan minuman Ribena KkKelasss DPR 2!
Tamat sahaja kuliah pukul 12 tengahari pelajar bergegas ke dapur rumah sewa bagi menyiapkan puding kek caramel tanpa bahan dan peralatan yang mahal mereka dapat menghasikan hidangan yang BBeST ! Jangan lupa resepi !
Pelajar lelaki turut memberi sumbangan ....
Penasihat akademik tolong pegang kek je !!! (tugas behind the scene lagi menCABAR!)
Kumpulan yang sponsor kek coklat ...
Sambil menghidang sambil berposing MULTITASKING !
... Wakil kelas sekali lagi turun padang menyediakan air minuman tapi kali ni lagi KKKelas air Sirabena = Sirap + Ribena
Memulakan majlis dengan membaca doa oleh pelajar Mohd Hanafi
Masa yang ditunggu-tunggu ssssuuuddaaahhh TIBA ... akhirnya pukul 2.30 baru dapat menikmati makan tengahari tapi berbaloi-baloi
Khusyuknya ....
Kerjasama yang tidak berbelah bagi !
Antara menu jamuan ...nasi komok dengan ayam berempah, nasi impit dengan kuah kacang, kek puding karamel, kek coklat, ayam goreng KFC, Ketupat Raya, Biskut Raya, Rojak buah, Sardin roll, Agar-agar laici, Cup cake, ... banyak lagi...
Agenda seterusnya berposing dan sengehh ... cheeesee
.... Penasihat akademik bersama putera-putera DPR 2
Berehat sekejap di serambi student center
Bersama Puteri-puteri DPR 2
... Mohd Hafizan menaja ais kalau tak kehausanlah pelajar DPR 2
Bergambar sakan yang pentingnya semua Putera dan Puteri DPR 2 kenyang, gembira dan bersatu hati dengan harapan proses P&P untuk semua kursus semester 2 berjalan lancar