Monday, April 2, 2012

PAMERAN PRODUK INOVASI PELAJAR PEMASARAN SESI DIS 2011

Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi dengan limpah rahmatnya pelajar-pelajar Diploma Pemasaran semester akhir sesi Disember 2011 berjaya menyiapkan produk inovasi mereka pada minggu ke 14 iaitu seminggu lebih awal dari takwim asal dan ini melayakkan mereka untuk terpilih sebagai peserta pameran produk inovasi. Semangat ingin bersama-sama meraikan majlis konvokesyen Politeknik Kota Bharu yang ke 25 turut dirasai oleh peserta pelajar tersebut apabila mereka berusaha sedaya upaya menyiapkan tugasan mereka.

Penghargaan ini perlu juga diberikan kepada penyelia-penyelia projek iaitu Pn Mazlina(KP), Pn Munizan, Pn Nik 'Azyyati, Pn Kamisah, Hjh Wan Noraizan, Hj Abdullah, Pn Salwuan, Pn Norbaini dan Hj Mohd Fadzil tanpa kesungguhan, sokongan serta pemantauan yang jitu dari kalangan penyelia-penyelia projek pemasaran, sukar untuk pelajar menghasilkan produk inovasi yang memenuhi ciri-ciri komersil yang tinggi. Sebanyak 8 buah produk inovasi dipamerkan di dua tempat di Politeknik Kota Bharu iaitu Dataran Gemilang dan Dataran Dewan Kuliah. Sepanjang pameran berlangsung, peserta pelajar mendapat penghargaan dan cadangan penambahbaikan yang amat positif dari pengunjung-pengunjung yang terdiri daripada pensyarah, ibubapa graduan, masyarakat sekitar bandar Ketereh serta pelajar-pelajar dari semua jabatan Politeknik Kota Bharu.


Peserta pameran produk inovasi pelajar-pelajar Diploma Pemasaran Sem 6 Sesi Dis 2011


Penyelaras Projek Pemasaran bersama peserta pameran produk inovasi Dis 2011


Produk Inovasi Kumpulan Pertama : Kelambu Valence

Produk kelambu yang sering digunakan sewaktu dahulu agak merimaskan dan menyusahkan proses pemasangan dan penyimpanan, Maka kumpulan pelajar yang terdiri daripada NORHASMIRA BT MD ASRI, NUR ARBA'AH BT MOHD NAWI, HARYATUL LAILI BINTI CHE MAT RAPI,
NORADIRA MOHD ARIFFIN dan NORFAIEZATUL HAFIEZAH BINTI SULAIMAN dengan pemantauan penyelia projek PN MUNIZAN BT MOHAMED NOR telah mengubahsuai dan memperbaiki kelemahan kelambu sedia ada dengan menambahkan lagi fungsi dan diberi jenama Kelambu Valence. Produk kelambu jenama Valence menggunakan kain sheer dan polyester atau campuran kapas. Ianya mampu memberi keselesaan kepada pengguna serta dapat dapat menampilkan suasana bilik tidur yang lebih romantis dan eksklusif. Selain daripada itu, ianya juga dapat melindungi daripada gangguan nyamuk tanpa menggunakan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan.




Bersama sebahagian daripada penilai-penilai projek pemasaran


Produk Inovasi Kumpulan Ke dua : Palmilk Candy

Bahan utama Gula-gula ini adalah daripada santan kelapa sawit dan pemanisnya daripada stevia yang dapat menggantikan gula. Palmilk Candy ini sesuai di makan oleh semua lapisan umur serta boleh dijadikan cenderahati. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam projek penghasilan Palmilk Candy ini terdiri daripada
SITI ROHANI BT AHMAD, NOOR HIDAYAH BTE MOHAMAD, NURHIDAYATI AMALINA BINTI HALIM, NUR LIYANA BT MD. KAMARUDIN dan ZAIM ZAHIRI BIN CHE RAMELI serta dibantu oleh penyelia utama PN KAMISAH BINTI MOHAMED.








Produk Inovasi Kumpulan Ke tiga : Kit Tool

Pelajar-pelajar daripada kumpulan ini terdiri daripada NORFARAHANA BINTI CHE DIN, NUR IFFAH IMANA BINTI MUKHTAR, NOORMIEZIANA BINTI RAMLEE, HAFFIZ HAIZAT BIN HUD dan MUHAMMAD HISHAM B HAMDAN telah berjaya menghasilkan papan pemotong yang lengkap dengan bekas pengisi makanan serta penapis. Jenama Kit Tool yang membawa maksud alat dapur dan ianya direkacipta oleh hasil usaha pelajar dan atas khidmat nasihat penyelia projek yang terdiri daripada PN NIK 'AZYYATI BINTI NIK JAAFAR serta PN MAZLINA BINTI MOHAMAD.





Foto di bawah diambil semasa pembikinan iklan produk Kit Tool






Pelajar sempat menjamu selera selepas menyiapkan iklan bagi produk mereka

Produk Inovasi Kumpulan Ke empat : Jus Nam Nam

Produk ini terhasil daripada pokok yang unik kerana berbunga dan berbuah di batang. Kulit pada buah ini kurang menarik dan menggerutu menyebabkan sesetengah pihak menggelarkannya buah katak puru. Walaubagaimanapun disebabkan khasiat yang banyak terdapat pada buah tersebut maka sekumpulan pelajar yang terdiri daripada AHMAD MUSTAQIM BIN ABDUL AZIZ, KAMARIAH BT CHE NOH, SITI RUBYTANI BINTI ZULKIFLI, SITI NORFATIN BINTI AJID dan NURAMNI BT ABDULLAH ZAWAWI mengambil inisiatif untuk mengkomersilkan buah tersebut dengan memperkenalkan jus buah katak puru dengan jenama jus nam-nam. Kumpulan pelajar ini diberi khidmat nasihat oleh penyelia PN NORBAINI BINTI GHAZALI






Produk Inovasi Kumpulan Ke Lima : Embellish Pro Face

Pelajar-pelajar yang terdiri daripada NURUL AMMALINA BINTI ABD KORI, SITI NUR ASIAH BINTI ZAIDI, ZAITUL AKMAL BT ZAKARIA, NOOR HASIKIN BINTI MOHD HASNU, AZRAI ZHAFFRAN B BAHARUDIN dan dibantu oleh penyelia projek PN MASIDAH BINTI MASRI telah berjaya menghasilkan produk kecantikan iaitu masker muka daripada bahan makanan seperti beras pulut hitam sebagai bahan utama. Kelebihan produk masker muka yang dihasilkan adalah rekabentuk botolnya yang memudahkan pengguna menggunakannya.




Peserta bersama sebahagian daripada penyelia projek pemasaran




Produk Inovasi Kumpulan Ke Enam : Easy Shawl

MUDAH, RINGKAS DAN BERGAYA menjadi slogan kepada kumpulan pelajar ini yang terdiri daripada NURUL ADILAH BT AZIZ, LINA SAKINAH BT ISMAIL, NOOR ATIKAH BINTI OMAR, SITI NORFATIN LIANA BINTI MUHAMAD ZAINON dan NOOR ASMA IZZANTI BINTI SUHAIMI. Easy Shawl ini merupakan produk selendang yang telah siap dijahit dan telah dilekatkan dengan aksesori yang menarik tanpa perlu sipemakai melilit dan melekatkannya. Easy Shawl ini juga diperbuat daripada kain yang tidak mudah berkedut dan tidak merimaskan pengguna. Kumpulan pelajar ini diselia oleh HJH HASLINA BINTI HASSAN dan HJ ABDULLAH BIN MAMAT.






Penilai projek meneliti dokumen yang ditunjukkan oleh pelajar


Pelajar memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi model produk Easy Shawl


Produk Inovasi Kumpulan Ke Tujuh : IB Cupboard

Produk IB Cupboard ini mempunyai tiga fungsi dalam satu produk iaitu pengguna dapat menggosok dengan selesa dan terus menyangkut di ruangan yang disediakan kemudian boleh terus menyimpan di tempat simpanan. Ide produk ini dicetuskan oleh pelajar NURUL HIDAYAH BINTI ABD AZIZ, SALSABEELA BINTI SUHAIME, NIRARAT A/P EH TING dan MAHSALMINA BINTI MUSTAFA dan diselia oleh HJH WAN NORAIZAN BINTI WAN JAAFAR.


Pelajar menunjukan kepelbagaian fungsi produk IB Cupboard


Pelajar bersama sebahagian daripada pensyarah yang mengunjungi tapak pameran mereka


Produk Inovasi Kumpulan Ke Lapan : Salad's Lime Tea

Produk minuman kesihatan ini diadun berasaskan ulam-ulaman yang menggabungkan enam jenis ulaman iaitu pucuk kadok, kacang botol, pucuk ketereh, ulam raja, ulam pegaga,dan daun selom. Selain daripada itu, produk Salad's Lime Tea ini juga dicampur dengan daun teh hijau serta limau kasturi bagi menambahkan lagi perisa dan khasiat. Produk ini dihasilkan daripada ide pelajar NURUL IZZATI BT HASAN,
NURUL HIDAYAH BINTI ALIAS, SITI NOR SYAHIDAH BINTI CHE ISMAIL, NUR SUHANA BINTI HASHIM dan penyelia utama PN SALWUAN BINTI ABDUL HALIM.


Pelajar membuat demonstrasi produk


Salad's Lime Tea





Kumpulan pelajar Salad's Lime Tea bergambar bersama penyelia-penyelia projek pemasaran

Friday, March 30, 2012

Penghargaan Buat AJK Persiapan Tempat dan Sambutan Majlis Konvokesyen Kali Ke 25 Sidang 4


AJK pelajar bertugas dalam Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu


Bersama ibubapa pelajar cemerlang di ruangan jamuan tengahari


Suasana Majlis Konvokesyen kali ke 25 Sidang 4


Saya bersama sebahagian AJk pelajar Persiapan Tempat dan Sambutan

Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun sedikit kelam kabut pada peringkat awal… saya berkira-kira untuk melantik pelajar sebagai ajk pelaksana untuk tugas persiapan dewan. Penglibatan pelajar dalam tugas sebegini memberi banyak manfaat antaranya pelajar-pelajar lebih berkeyakinan sekiranya perlu menguruskan sesuatu majlis di masa hadapan dan mereka juga dapat melihat dan merasai sendiri suasana sebelum dan semasa berlangsungnya majlis konvokesyen dengan ini dapat memberi suntikan motivasi kepada mereka. Malahan mereka juga sama-sama dapat menyumbang tenaga muda mereka untuk kebaikan bersama dan tentunya mereka juga akan dianugerahkan sijil. Sebenarnya banyak kerja di sebalik tabir yang berlaku sebelum terlaksananya sesuatu majlis… contohnya pada kali ini lebih sepuluh kali mesyuarat di peringkat jabatan diadakan demi untuk kelancaran sesuatu majlis. Dan setelah segalanya telah diputuskan dan hampir selesai barulah taklimat kepada ajk pelajar dibuat.

Malangnya kebanyakan sikap generasi hari ini agak mengecewakan, rasa tanggungjawab akan amanah yang diserahkan langsung tiada di hati mereka! Hampir hilang kepercayaan dan kegembiraan serta kepuasan hati apabila anak-anak didik sendiri mengambil sikap sambil lewa,endah tak endah terhadap tugas yang diberikan…. Hati menjeruk rasa … seolah-olah perasaan hormat sudah tiada di hati mereka. Hanya kepada yang Maha Esa tempat meluah perasaan mohon agar anak-anak didik ini mengerti sebuah pengorbanan ! Di mata mereka nampak kecil kesalahan yang dibuat … hanya tidak hadir, hanya datang lewat, hanya perlu laksanakan tugas lain tapi tanpa mereka sedari mereka telah mengecilkan hati seorang pendidik! dan membiarkan pihak lain tergesa-gesa melunaskan tugas mereka ... serta menjawab pelbagai persoalan mengenai sikap mereka kepada pihak pengurusan pula!!! tapi segalanya Kembali rasa kegirangan berbunga di hati apabila melihat masih ada pelajar-pelajar yang bersama-sama menjalankan tugas yang diamanahkan. Berkali-kali wajah-wajah pelajar-pelajar ini menyejukkan sanubari, dan berkali-kali juga rasa syukur dipanjatkan kepada illahi moga-moga kebaikan pelajar-pelajar ini menjadi teladan kapada yang lain.

Tuesday, March 27, 2012

TABLE FOR DETERMINING SAMPLE SIZE FROM A GIVEN POPULATION


Krejcie and Morgan's (1970) table for sampling representativeness.

TABLE FOR DETERMINING SAMPLE SIZE FROM A GIVEN POPULATION



Note: “N” is population size
“S” is sample size.

Krejcie, Robert V., Morgan, Daryle W., “Determining Sample Size for Research Activities”, Educational and Psychological Measurement, 1970.

Friday, October 7, 2011

Majlis Jamuan Hari Raya Kelas DPR 2 Sesi Jun 2011

Alhamdulillah setelah tertangguh selama dua minggu akhirnya majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri bersama pelajar DPR telah dapat diadakan pada hari Khamis iaitu 6 Oktober 2011 bermula pukul 2 petang di Student Center dengan jayanya. Buat pertama kalinya pelajar-pelajar kursus Diploma Pemasaran semester 2 dari Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu diberi peluang menguruskan sendiri majlis jamuan tersebut. Walaupun sudah agak terlambat dan dengan kesibukan tugasan serta kuliah tetapi pelajar-pelajar tidak patah semangat dan masing-masing memberi kerjasama yang amat baik. Antara tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar-pelajar itu sendiri memandangkan kelas ini terdiri daripada 51 orang pelajar. Di samping itu pelajar-pelajar ini juga dapat mengenali dan beramah mesra dengan penasihat akademik dengan cara yang lebih santai. Selain daripada itu pelajar-pelajar juga dapat menimba ilmu pengurusan sesuatu majlis sebelum diberi tugas yang lebih mencabar di masa akan datang.

Antara juadah yang dihidangkan....


Antara pelajar yang sponsor nasi komok ... terima kasih daun keladi !


... Sebelum subuh sudah siap roti gulung sardin SSSEEEddAP sampai penasihat akademik tak sempat nak cuba ... apa-apapun tahniah sebab 100% cooperation

... wakil kelas Wan Ahmad Iman menyediakan minuman Ribena KkKelasss DPR 2!

Tamat sahaja kuliah pukul 12 tengahari pelajar bergegas ke dapur rumah sewa bagi menyiapkan puding kek caramel tanpa bahan dan peralatan yang mahal mereka dapat menghasikan hidangan yang BBeST ! Jangan lupa resepi !

Pelajar lelaki turut memberi sumbangan ....

Penasihat akademik tolong pegang kek je !!! (tugas behind the scene lagi menCABAR!)

Kumpulan yang sponsor kek coklat ...


Sambil menghidang sambil berposing MULTITASKING !

... Wakil kelas sekali lagi turun padang menyediakan air minuman tapi kali ni lagi KKKelas air Sirabena = Sirap + Ribena

Memulakan majlis dengan membaca doa oleh pelajar Mohd Hanafi

Masa yang ditunggu-tunggu ssssuuuddaaahhh TIBA ... akhirnya pukul 2.30 baru dapat menikmati makan tengahari tapi berbaloi-baloi



Khusyuknya ....

Kerjasama yang tidak berbelah bagi !

Antara menu jamuan ...nasi komok dengan ayam berempah, nasi impit dengan kuah kacang, kek puding karamel, kek coklat, ayam goreng KFC, Ketupat Raya, Biskut Raya, Rojak buah, Sardin roll, Agar-agar laici, Cup cake, ... banyak lagi...

Agenda seterusnya berposing dan sengehh ... cheeesee
.... Penasihat akademik bersama putera-putera DPR 2

Berehat sekejap di serambi student center

Bersama Puteri-puteri DPR 2

... Mohd Hafizan menaja ais kalau tak kehausanlah pelajar DPR 2




Bergambar sakan yang pentingnya semua Putera dan Puteri DPR 2 kenyang, gembira dan bersatu hati dengan harapan proses P&P untuk semua kursus semester 2 berjalan lancar