Friday, March 30, 2012
Penghargaan Buat AJK Persiapan Tempat dan Sambutan Majlis Konvokesyen Kali Ke 25 Sidang 4
AJK pelajar bertugas dalam Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu
Bersama ibubapa pelajar cemerlang di ruangan jamuan tengahari
Suasana Majlis Konvokesyen kali ke 25 Sidang 4
Saya bersama sebahagian AJk pelajar Persiapan Tempat dan Sambutan
Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun sedikit kelam kabut pada peringkat awal… saya berkira-kira untuk melantik pelajar sebagai ajk pelaksana untuk tugas persiapan dewan. Penglibatan pelajar dalam tugas sebegini memberi banyak manfaat antaranya pelajar-pelajar lebih berkeyakinan sekiranya perlu menguruskan sesuatu majlis di masa hadapan dan mereka juga dapat melihat dan merasai sendiri suasana sebelum dan semasa berlangsungnya majlis konvokesyen dengan ini dapat memberi suntikan motivasi kepada mereka. Malahan mereka juga sama-sama dapat menyumbang tenaga muda mereka untuk kebaikan bersama dan tentunya mereka juga akan dianugerahkan sijil. Sebenarnya banyak kerja di sebalik tabir yang berlaku sebelum terlaksananya sesuatu majlis… contohnya pada kali ini lebih sepuluh kali mesyuarat di peringkat jabatan diadakan demi untuk kelancaran sesuatu majlis. Dan setelah segalanya telah diputuskan dan hampir selesai barulah taklimat kepada ajk pelajar dibuat.
Malangnya kebanyakan sikap generasi hari ini agak mengecewakan, rasa tanggungjawab akan amanah yang diserahkan langsung tiada di hati mereka! Hampir hilang kepercayaan dan kegembiraan serta kepuasan hati apabila anak-anak didik sendiri mengambil sikap sambil lewa,endah tak endah terhadap tugas yang diberikan…. Hati menjeruk rasa … seolah-olah perasaan hormat sudah tiada di hati mereka. Hanya kepada yang Maha Esa tempat meluah perasaan mohon agar anak-anak didik ini mengerti sebuah pengorbanan ! Di mata mereka nampak kecil kesalahan yang dibuat … hanya tidak hadir, hanya datang lewat, hanya perlu laksanakan tugas lain tapi tanpa mereka sedari mereka telah mengecilkan hati seorang pendidik! dan membiarkan pihak lain tergesa-gesa melunaskan tugas mereka ... serta menjawab pelbagai persoalan mengenai sikap mereka kepada pihak pengurusan pula!!! tapi segalanya Kembali rasa kegirangan berbunga di hati apabila melihat masih ada pelajar-pelajar yang bersama-sama menjalankan tugas yang diamanahkan. Berkali-kali wajah-wajah pelajar-pelajar ini menyejukkan sanubari, dan berkali-kali juga rasa syukur dipanjatkan kepada illahi moga-moga kebaikan pelajar-pelajar ini menjadi teladan kapada yang lain.
Tuesday, March 27, 2012
TABLE FOR DETERMINING SAMPLE SIZE FROM A GIVEN POPULATION
Krejcie and Morgan's (1970) table for sampling representativeness.
TABLE FOR DETERMINING SAMPLE SIZE FROM A GIVEN POPULATION
Note: “N” is population size
“S” is sample size.
Krejcie, Robert V., Morgan, Daryle W., “Determining Sample Size for Research Activities”, Educational and Psychological Measurement, 1970.
Subscribe to:
Posts (Atom)