Monday, September 27, 2010

Ke Arah Penambahbaikan Proses Pembelajaran & Pengajaran

Pada 2 September 2010 pelajar semester akhir kursus Diploma Pemasaran berjaya mengadakan program 'Gathering Bersama DPR'dengan bertemakan Perniagaan Inovatif. Jawatankuasa pelaksana bagi program ini terdiri daripada pelajar kursus Diploma Pemasaran Semester Enam Sesi Julai 2010. Pelajar Amirnullah Bin Shamsudin dilantik sebagai Pengarah program dan dibantu oleh Nuraklima Binti Mustafa, Norhida Binti Harun, Nur Shuhada Binti Che Ibrahim, Norshutiza Binti Mohamad, Khairi Hanis Bin Abdul ghani, Wan Azizah Binti Wan Mamat, Nik Fauzan Bin Nek Daud, Mohamad Fakhri Bin Jusoh, Nur Atikah Binti Mohd Daud, Noor Khairiah Binti Zahari dan Nur Adilah Binti Mohd Fazil.

Objektif program ini dijalankan adalah :
1. mencetuskan idea kreatif dan inovatif di kalangan pelajar
2. meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar
3. memupuk semangat kerjasama dan disiplin
4. merapatkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar

Bagi mencapai ke semua objektif yang ditetapkan beberapa aktiviti telah dirangka. Antara aktiviti yang mendapat sambutan ialah pencarian eksekutif junior, pop quiz dan persembahan lakonan bertemakan keinsafan menyambut syawal. Program yang dijalankan ini hanya melibatkan pelajar-pelajar kursus Diploma Pemasaran sahaja.

Foto yang diambil sepanjang program ini :